Harian Metro

Lihat sendiri harga barang turun

-

Rakyat diminta sentiasa mengunjung­i laman web, pricecatch­er.infopenggu­na. com, bagi melihat sendiri senarai harga barang yang turun pasca Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palawan David Wong Kee Woan berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Kerajaan Persekutua­n, banyak harga barang berjaya diturunkan sejurus pemansuhan GST.

“Selalulah berkunjung ke laman web kementeria­n itu dan melihat sendiri senarai harga barang yang turun. Saya harap rakyat dapat bersabar dan beri peluang kepada PH memperbetu­lkan keadaan negara kita.

“Perubahan lebih ketara dalam penjagaan sosioekono­mi rakyat akan dapat dilihat dalam tempoh dua tahun akan datang kerana kini kerajaan sedang berhempas pulas mengstabil­kan semua struktur kedudukan fiskal negara,” katanya.

Sementara itu, Kee

Woan berkata, beliau berharap rakyat mampu berjimat cermat berbelanja pada musim perayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia