Harian Metro

Tuai Rumah kena adil pada semua

-

Sri Aman: Tuai Rumah di negeri ini perlu bersikap adil kepada semua penduduk tanpa mengira latar belakang politik sehingga boleh menimbulka­n unsur penganiyaa­n.

Ketua Ranting PKR Balai Ringin Tay Wei Wei berkata, walaupun Tuai Rumah menerima elaun bulanan daripada kerajaan negeri, namun mereka tidak boleh menyisihka­n ‘anak buah’ dengan mencampur aduk hal berkaitan politik dan kebajikan termasuk pendidikan.

“Janganlah anak tirikan individu yang tidak mempunyai haluan politik sama kerana tidak menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana mereka dilantik untuk menjaga kebajikan semua pihak.

“Tambahan pula, Pakatan Harapan (PH) langsung tidak pernah meminggirk­an penyokong GPS yang masih menggunaka­n kemudahan milik Kerajaan Persekutua­n sehingga ke hari ini,” katanya semalam.

Minggu lalu, tular di media sosial berkenaan tindakan Tuai Rumah dari Kampung Sepan, Pekan Balai Ringin, yang didakwa enggan menurunkan cop pada borang rasmi sekolah untuk kegunaan anak kepada ibu bapa yang dikatakan sudah hilang ‘kelayakan’.

Tuai Rumah berkenaan didakwa hilang kelayakan untuk mendapatka­n cop kerana sudah menyertai PKR. Tindakan Tuai Rumah berkenaan menimbulka­n kecaman netizen.

Wei Wei ketika mengulas lanjut berkata, PH tidak pernah menyekat penyokong GPS mendapatka­n rawatan di hospital kerajaan, memandu di jalan raya milik Kerajaan Persekutua­n atau menyekat bantuan pendidikan hanya haluan politik berbeza.

“Pokoknya ialah Tuai Rumah jangan babitkan politik jika mahu mentadbir anak kampung yang amat memerlukan bantuan mereka setiap masa. Sebaliknya, berlaku adil kepada semua pihak dan menerima secara terbuka jika ada pemimpin GPS atau PH mengunjung­i kampung mereka,” katanya.

 ??  ?? TAY
TAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia