Harian Metro

Diserbu leka bermain ‘holo’

-

Enam lelaki yang sedang leka bermain judi ‘holo’ terkedu selepas kedai di Pekan Buso, di sini, diserbu sepasukan polis yang menjalanka­n Ops Limau, malam kelmarin.

Serbuan jam 10.45 malam itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superinten­dan Poge Nyaon berkata, hasil serbuan itu polis menahan enam lelaki leka berjudi masing-masing berusia antara 31 hingga 52 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia