Harian Metro

Teliti agihan subsidi

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@nstp.com.my

 PNK cari penyelesai­an atasi isu kekurangan kuota bahan api

Dalam usaha mengenal pasti semula kapal nelayan yang aktif, Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di sini akan meneliti semula pengagihan kuota subsidi diesel kepada setiap kapal dan jeti susulan rungutan nelayan mengenai kekurangan bahan itu.

Pengerusi PNK Sandakan, Mohd Shaiful Bahari Muin berkata, kuota diesel yang ditetapkan untuk daerah ini hanya 2.7 liter sebulan dengan jumlah kapal sebanyak 400.

Katanya, jumlah kuota subsidi bagi diesel yang dikurangka­n bermula tahun ini menimbulka­n rungutan dalam kalangan pemilik kapal nelayan yang mendakwa berdepan kesukaran melaksanak­an operasi, selain turut menuding jari kepada PNK.

“Sebelum ini ada enam jeti nelayan, namun sekarang hanya empat yang beroperasi. Kuota minyak kepada dua jeti nelayan yang ditutup sementara sudah diagihkan kepada jeti lain, namun susulan penguranga­n kuota diesel bermula tahun ini, kuota setiap jeti juga berkurang.

“Contohnya sebelum ini ada jeti menerima sejuta liter sebulan, sekarang tinggal separuh iaitu 500,000 liter sebulan dan ada syarikat nelayan memiliki banyak kapal, mungkin jumlah ini tidak mencukupi,” katanya.

Shaiful berkata, menerusi perbincang­an dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) baru-baru ini, PNK akan membuat pemeriksaa­n secara terperinci mengenai keperluan kuota minyak setiap kapal, jumlah kapal yang sudah memperbaha­rui pengesahan mendapatka­n minyak subsidi serta kapal yang masih aktif.

Jika ada keperluan untuk penambahan kuota minyak selepas pemeriksaa­n dilakukan katanya, mereka akan mengemukak­an permohonan itu kepada LKIM bagi membantu menangani masalah dihadapi kapal nelayan.

“Mengikut rekod, ada 400 kapal berdaftar di daerah ini dengan keperluan diesel mencecah tiga juta liter sebulan. Jika kita dapati kuota mencukupi, kita tidak akan buat penambahan.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n baru-baru ini, ada nelayan yang memiliki lebih daripada satu kapal merungut mengalami kekurangan bekalan dan apabila diperiksa, mereka tidak dapat mengambil diesel subsidi kerana kapal mereka sudah tamat tempoh pengesahan untuk mengambil minyak subsidi,”

katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia