Harian Metro

BERSATU bakal ‘jengah’ Sabah

-

Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) akan masuk ke Sabah dalam masa terdekat ini, kata bekas Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor.

Beliau yang masih menjadi ahli bebas itu turut menjelaska­n, dia belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti setakat ini.

“BERSATU akan masuk ke Sabah dan itu saya boleh pastikan dalam masa terdekat ini.

Bagaimanap­un, saya belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti. Mimpi-mimpi dulu dalam masa sebulan ini. Kita juga sedang pertimbang­kan (untuk sertai parti tempatan).

“Tetapi, saya tidak akan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN)...dan tidak akan balik ke pangkuan UMNO. Apa yang saya boleh katakan bahawa kami kini bekerjasam­a dengan ADUN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS),” katanya.

Beliau mengulas hala tuju bekas pemimpin UMNO Sabah kepada pemberita selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parti Bersatu Sabah (PBS), di sini, semalam.

Pada 12 Disember lalu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalk­an UMNO dan mengisytih­arkan menjadi ahli politik bebas.

Ini termasuk sembilan ADUN iaitu Datuk Musbah Jamli (Tempasuk), Datuk Japlin Akin (Usukan), Datuk Ghulam Haidar

Khan Bahadar (Kawang), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Isnin (Klias), Matbali Musah (Lumadan), Masidi (Karanaan) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Apas).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia