Harian Metro

Usah pertikai status Sabah dalam Malaysia

-

Sandakan: Usah dipertikai­kan lagi, Sabah tetap milik Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan perkara itu lagi kerana masih ada pihak yang cuba menuntut negeri ini.

“Ada lagi mahu menuntut Sabah dan mendakwa Sabah (mereka) punya, mana ada Sabah dia punya. Sabah adalah milik Malaysia dan tiada siapa perlu mempersoal­kan atau mempertika­ikannya.

“Tahun ini adalah tahun untuk membangun dan memajukan negeri Sabah, bukan lagi masa mempersoal­kan Sabah milik siapa. Jangan duduk di kedai kopi bercerita pasal siapa jadi Ketua Daerah, siapa jadi Ketua Kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 Daerah Sandakan, di Padang Bandaran Sandakan, di sini, semalam.

Turut hadir, Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong; Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Datuk Stephen Wong Tien Fatt; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.

Dalam pada itu, Mohd Shafie turut meminta ahli perniagaan atau tauke di Sandakan membuat pelaburan dalam memajukan daerah berkenaan.

“Kita tahu di Sandakan ini ramai tauke banyak duit. Janganlah simpan saja duit itu sebaliknya laburlah dan sama-sama bangunkan Sandakan serta negeri ini,” katanya.

Mengulas lanjut dalam sidang medianya , Mohd Shafie berkata, kerajaan akan memikirkan bidang perniagaan apa yang boleh diterokai ahli perniagaan di Sandakan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat negeri berkenaan.

 ??  ?? SHAFIE memukul gendang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 Daerah Sandakan di Padang Bandaran Sandakan, semalam.
SHAFIE memukul gendang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 Daerah Sandakan di Padang Bandaran Sandakan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia