Harian Metro

El Nino dijangka berakhir Mei ini

-

Sabah kini mengalami cuaca panas dan kekurangan hujan dikaitkan dengan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan sehingga Mac atau Mei ini.

Pengarah Jabatan Meteorolog­i Sabah, Azemi Daud berkata, ia berdasarka­n tinjauan model iklim antarabang­sa yang menjangka kebarangka­lian 90 peratus fenomena El-Nino berlaku di Sabah sehingga Mac ini dan 60 peratus menunjukka­n ia mungkin berlarutan sehingga Mei.

“Namun, untuk monsun timur laut, masih boleh berlaku hujan dalam tempoh tertentu terutama di timur dan pantai barat Sabah,” katanya.

Azemi berkata, jangkaan hujan bulanan antara Januari hingga Mac ini di semua bahagian serta daerah di Sabah diramalkan berkuranga­n antara 20 hingga 40 peratus.

“Bulan ini, kebanyakan bahagian di Sabah dijangka menerima hujan sedikit iaitu di bawah paras purata bulanan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai mengurangk­an aktiviti luar.

“Kita juga meminta orang ramai mengelak pembaziran air dan pembakaran terbuka bagi mengelak krisis air dan kebakaran hutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia