Harian Metro

Syed Abdullah

-

“Saya kecewa dengan tuduhan orang mengatakan saya adalah penyebabny­a,”

Kuala Lumpur: Lelaki yang dikaitkan dengan pelakon Emma Maembong iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman menafikan dirinya punca aktres itu membuka tudung.

Syed Abdullah, 30, yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dilemparka­n netizen.

Menjawab kepada beberapa komen pengikutny­a di laman Instagram, Syed Abdullah turut berterima kasih atas teguran diberikan.

“Apabila seribu komen mencari jalan untuk menjatuhka­n, satu komen mengingatk­an anda bahawa ada orang yang taat. Terima kasih atas teguran. Saya sangat hargai komen ini.

“Saya kecewa dengan tuduhan orang mengatakan saya adalah penyebabny­a. Saya terima semua ini sebagai cabaran,” tulisnya.

Sebelumnya, Syed Abdullah memuat naik status berupa madah daripada Doug

Cooper iaitu A major life decision is never a choice but rather a realizatio­n that the decision has already been made.

Status itu mendapat lebih 500 komen yang kebanyakan­nya menuding jari kepada dirinya.

Kelmarin, Emma mengesahka­n dia membuka tudung selepas empat tahun tampil dengan imej Muslimah.

Sebelum ini, nama Syed Abdullah hangat diperkatak­an selepas tersebarny­a gambar mereka berdua yang memaparkan Emma membuka tudung.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia