Harian Metro

KUTIPAN RM202.7 JUTA PENUTUP TABUNG HARAPAN

 Jumlah kutipan Tabung Harapan cecah RM202,716,775.10 sehingga berakhir 14 Januari

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Beri semangat kepada kerajaan

Lim Guan Eng

Sehingga tarikh akhir 14 Januari lalu, jumlah kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM) mencecah RM202,716,775.10.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kementeria­n kini dalam tindakan untuk membuat pelarasan penutupan akaun terbabit sebelum pengaudita­n dijalankan

Jabatan Audit Negara.

“Jumlah sumbangan ini digunakan untuk pembayaran hutang Kerajaan Persekutua­n.

“Bagi memastikan pengurusan THM dibuat secara teratur dan berintegri­ti, satu Jawatankua­sa Akaun yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir memutuskan penggunaan wang THM mengikut tatacara yang termaktub di dalam Arahan Amanah Akaun

THM (Trust Deed),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kerajaan merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaa­n terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan sumbangan kepada THM.

Lim berkata, sumbangan mereka mencermink­an kesetiaan dan kasih sayang mereka terhadap tanah air yang dicintai.

“Selain itu, ia memberikan semangat kepada kerajaan untuk berusaha bersungguh-sungguh menyelesai­kan masalah hutang yang diwarisi Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Januari lalu memutuskan untuk melanjutka­n tempoh pemberian sumbangan selama dua minggu hingga 14 Januari.

Sumbangan yang dibuat selepas tempoh terbabit tidak dikreditka­n ke dalam akaun dan dipulangka­n semula kepada penyumbang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia