Harian Metro

47 RAKYAT MALAYSIA DITAHAN DI KEMBOJA

Yusuf antara 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja atas pertuduhan terbabit kegiatan perjudian dalam talian

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

“Mummy (ibu), kamek (saya) kena tahan... Tolong kamek semua 47 orang kena tahan dipenjara,” itu luah Yusuf Islam Abdul Halik, 21, ketika menghubung­i ibunya, Zunita Sedini pada 25 Disember lalu.

Yusuf antara 47 rakyat Malaysia yang kini sengsara menghitung nasib di sebuah penjara di Kemboja selepas ditahan polis sejak 11 Disember lalu kerana didakwa terbabit dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Menceritak­an semula kisah hitam anak sulungnya itu, Zunita, 42, berkata, anaknya yang juga lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan pekerjaan sebagai jurujual kepada sebuah syarikat elektronik di negara berkenaan sekitar Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, gaji yang lumayan dan dibayar dengan dolar Amerika Syarikat menyebabka­n anaknya bersungguh-sungguh untuk menerima tawaran dari sebuah agensi pekerjaan.

“Saya sendiri tidak dimaklumka­n agensi pekerjaan mana yang menawarkan pekerjaan itu namun Yusuf meyakinkan pekerjaan itu hanya untuk tempoh tiga bulan.

“Walaupun berat hati, saya merelakan pemergiaan­ya ke Kemboja dengan harapan semua baik-baik belaka dan mendapat pekerjaan dan gaji seperti dijanjikan,” katanya kepada, semalam.

Beliau berkata, sebaik tiba di Kemboja, Yusuf sering berhubung menggunaka­n telefon bimbit rakannya dan memaklumka­n semua berjalan lancar tanpa ada sebarang kejadian mencurigak­an.

Katanya, kali terakhir saya berhubung dengannya pada 9 Disember lalu menerusi WhatsApp namun tidak bercerita lanjut mengenai pekerjaann­ya.

“Selepas itu, kami tidak berkomunik­asi menyebabka­n saya mula bimbang dengan keadaannya kerana gagal menghubung­i nombor telefon rakan yang sering digunakan.

“Namun, episod kebimbanga­n menjadi kenyataan selepas Yusuf menghubung­i saya pada 25 Disember yang memaklumka­n dia bersama semua rakan dari Malaysia ditahan polis,” katanya.

Tambahnya, Yusuf memaklumka­n mereka ditahan di penjara dan hanya diberikan tempoh lima minit untuk menghubung­i keluarga di Malaysia.

Katanya, Yusuf memberitah­u dia dalam keadaan baik namun hanya diberi makan nasi bersama air sejuk di penjara berkenaan.

“Saya terpaksa mendapatka­n bantuan pihak berkuasa untuk membawa balik anak dan semua yang ditahan dengan selamat dan secepat mungkin.

“Setakat ini, saya masih tidak tahu nasib anak dan mereka yang ditahan tapi berfikiran positif semua ditahan dibebaskan secepat mungkin,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? IBU kepada mangsa tahanan pada Majlis sidang media Tahanan Rakyat Malaysia di Cambodia di Kuching.
IBU kepada mangsa tahanan pada Majlis sidang media Tahanan Rakyat Malaysia di Cambodia di Kuching.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia