Harian Metro

4 BERANAK MAUT KEMALANGAN

 Empat beranak terbunuh dalam nahas membabitka­n lori treler, kereta lain

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Kota Tinggi

“Dia nak sangat kami sekeluarga sedondon berbaju hijau emerald tahun ini,” kata Norrul Osman, 36, kakak kepada Allahyarha­m, Norlia, 33, yang maut dalam kemalangan meragut empat beranak di Kilometer 55, Jalan Kluang-Kota Tinggi, malam, semalam.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim, Melaka itu berkata, arwah yang juga anak keempat daripada enam beradik bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kewangan Unit Pembanguna­n Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi teruja menyambut Aidilfitri tahun ini.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan kepada mereka sekeluarga menyambut Aidilfitri secara sedondon setiap dua tahun.

Bagaimanap­un, katanya arwah adiknya itu antara individu pertama yang mencadangk­an warna tema Aidilfitri tahun ini menerusi kumpulan WhatsApp keluarga, Selasa lalu.

“Perbualan kami adik beradik, Selasa lalu, hanya membabitka­n baju raya dan dia beriya-iya cuba menyakinka­n kami semua memakai baju hijau emerald. Ia sekadar cadangan awal dan ketika itu, kami masih belum putuskan lagi.

“Tahun ini, kami sepatutnya menyambut Aidilfitri bersama adik-beradik di rumah emak di FELDA Loke Heng, memandangk­an tahun lalu masing-masing menyambut di rumah mentua,” katanya.

Norrul yang juga anak kedua berkata, pada mulanya mereka keberatan memilih warna berkenaan kerana ia terlalu kerap digayakan orang ramai setiap Aidilfitri.

Katanya, arwah adiknya itu seorang yang baik bahkan kerap menjenguk ibu yang berstatus ibu tunggal dan kali terakhir mereka bertemu pada Aidilfitri lalu.

Sementara itu, adik bongsu Mohd Firdaus, Nor Aini Januri, 29, yang juga jururawat Hospital Kluang berkata, ibunya Rosina Mohd Dimyati, 58, sempat memasak juadah rendang daging ketika empat sekeluarga itu pulang bercuti ke rumah keluarga di Kampung Bentung, Kluang.

“Kali ini, ibu masak rendang daging untuk abang dan selalunya hidangan itu dimasak pada Hari Raya saja.

“Kebetulan kami ada daging di rumah dan ibu masak untuk abang,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, abangnya yang juga anak lelaki tunggal adalah anak kedua daripada tiga beradik dan anak kesayangan ibunya.

Tahun ini, kami sepatutnya menyambut Aidilfitri bersama adik-beradik di rumah emak di FELDA Loke Heng, memandangk­an tahun lalu masing-masing menyambut di rumah keluarga mentua”

Norrul Osman

MOHD Firdaus dan isterinya Norlia bersama dua anak mereka, Muhammad Adli dan Nur Dalili yang maut kemalangan di

Kilometer 55 Jalan Kluang-Kota

Tinggi, Kota

Tinggi.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN lori yang terbabit dalam dalam kemalangan maut dengan dua buah kereta di Kilometer 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi. KERETA yang dinaiki empat beranak hancur dalam nahas, semalam.
KEADAAN lori yang terbabit dalam dalam kemalangan maut dengan dua buah kereta di Kilometer 55 Jalan Kluang - Kota Tinggi. KERETA yang dinaiki empat beranak hancur dalam nahas, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba bertungkus-lumus
menyelamat­kan mangsa nahas.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus menyelamat­kan mangsa nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia