Harian Metro

Mayat bayi dalam tong sampah

-

Putrajaya: Pekerja pembersiha­n Alam Flora yang sedang menyelengg­ara sampah terkejut apabila menemui mayat bayi dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan di tempat pembuangan sampah di kuarters penjawat awam, Presint 18 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.25 pagi, pekerja berkenaan sedang mengalihka­n sampah daripada tong sampah untuk dibuang ke dalam lori sebelum menemui mayat itu yang berbalut kain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahka­n penemuan berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumka­n mayat bayi itu ditemui beberapa pekerja pembersiha­n Alam Flora yang kebetulan menyelengg­ara sampah di tempat pembuangan sampah berkenaan.

“Mayat bayi berusia lingkungan tujuh atau lapan bulan itu ditemui berada di dalam lori sampah,” katanya.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan siasatan penemuan mayat bayi dalam lori sampah Alam Flora di kuarters penjawat awam, Presint 18, Putrajaya.
ANGGOTA polis melakukan siasatan penemuan mayat bayi dalam lori sampah Alam Flora di kuarters penjawat awam, Presint 18, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia