Harian Metro

Dipenjara tapi tidak didakwa

-

Kuching: Dipenjara 446 kilometer dari Phnom Penh di Kemboja atas kesalahan yang tidak diketahui. Mangsa ditahan di Poipet, Banteay Mancheay di pinggir Phnom Penh, 11 Disember lalu.

Itu nasib 47 rakyat Malaysia yang datang ke negara berkenaan selepas dijanjikan gaji lumayan untuk tempoh tiga bulan.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila mereka hanya diletakkan di sebuah rumah yang tidak diketahui lokasi selama dua minggu sebelum ditahan polis negara berkenaan.

Mereka berusia 18 hingga 20-an itu hanya dimaklumka­n penahanan dibuat atas kesalahan kononnya terbabit dalam sindiket perjudian dalam talian.

Mendedahka­n kejadian malang itu, Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien, berkata, sindiket perdaganga­n manusia itu menyasarka­n golongan muda dari kawasan pedalaman dan kurang berkemampu­an selain berpendidi­kan rendah sebagai mangsa.

Beliau berkata, 44 daripada mangsa berasal dari Sarawak.

“Cerita penahanan mangsa diketahui selepas kisah itu disiarkan akhbar tempatan Kemboja sedangkan kerajaan Malaysia tidak dimaklumka­n mengenainy­a.

“Keluarga mangsa yang ditahan kini buntu kerana kerenah birokrasi kerajaan negara berkenaan menyebabka­n urusan membawa pulang mereka berdepan kesukaran,” katanya di sini, semalam.

Larry berkata, semua yang ditahan dibawa ke Kemboja secara berperingk­at dengan tawaran gaji lumayan sebagai pekerja industri tempatan.

Beliau berkata, mangsa kemudian ditempatka­n di rumah persendiri­an selama dua minggu sebelum ditahan polis atas kesalahan perjudian atas talian walaupun tidak dilakukan mereka.

Tambahnya, walaupun ditahan, mereka tidak didakwa atau direman atas kesalahan berkenaan sehingga hari ini.

Katanya, beliau berharap Wisma Putra agresif untuk membantu membebaska­n rakyat Malaysia secepat mungkin termasuk berhubung dengan kerajaan negara itu.

 ??  ?? LARRY (kanan) bersama ahli keluarga mangsa pada sidang media, semalam.
LARRY (kanan) bersama ahli keluarga mangsa pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia