Harian Metro

Pegawai Kedutaan Besar Malaysia lawat tahanan

-

Putrajaya: Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh sudah mengemukak­an Nota Diplomatik kepada Kementeria­n Luar Kemboja memohon supaya 47 tahanan warga Malaysia yang ditahan di negara itu dibebaskan.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan berkata, pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh juga sudah mengadakan lawatan konsular ke atas tahanan berkenaan selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Lawatan tersebut bertujuan memastikan kebajikan tahanan adalah terpelihar­a. Pegawai Kedutaan Besar turut mengadakan pertemuan dengan pegawai penjara dan hakim yang mengendali­kan kes tersebut.

“Tahanan menyatakan bahawa mereka ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan di sana,” katanya.

Katanya, Kementeria­n Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh kini sedang memantau perkembang­an kes ini dengan rapi dan bersedia menghulurk­an bantuan konsular yang sewajarnya dari semasa ke semasa.

Media melaporkan seramai 47 orang warganegar­a Malaysia ditahan di Poi Pet, Kemboja sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalanka­n aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

Mereka berusia antara 18 hingga 20 an yang mana 44 daripadany­a berasal dari Sarawak membabitka­n belia Melayu, Iban dan Melanau.

Kementeria­n Luar menerima makluman penahanan tersebut hanya diterima secara lisan daripada pihak polis Bantey Meanchey pada 28 Disember lalu.

 ??  ?? AHLI keluarga mangsa pada sidang media di Kuching, semalam.
AHLI keluarga mangsa pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia