Harian Metro

Usah hanyut pujian manusia

-

Kuala Lumpur: Perkara halal dan haram, jangan dijadikan trend dan jangan hanyut kerana pujian manusia. Itu kata pelakon Rozita Che Wan terhadap individu yang tidak mempunyai pendirian dalam berhijab.

Menurut pelakon jelita itu, niat untuk berhijab mestilah dengan kerelaan hati, bukan atas desakan orang atau kerana mahu berniaga.

“Hukum agama tidak boleh dipermaink­an dan kita perlu beristiqom­ah. Jangan melakukan sesuatu disebabkan orang lain kerana mereka tidak dapat membantu kita ketika ajal menjemput nanti.

“Sebagai selebriti jangan terlalu leka dengan pujian orang, kononnya anda kelihatan lebih cantik jika tidak bertudung kerana belum pasti kita mati nanti mereka akan mendoakan kita melainkan apabila sudah tua nanti hanya anak yang soleh dan solehah serta ilmu dan amal sahaja yang dapat membantu kita di akhirat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kata Rozita lagi, ada kala ketika berpakaian ada juga auratnya yang terdedah tetapi apabila ditegur peminat, beliau dengan segera memperbetu­lkan kesilapann­ya.

Tegasnya, sebelum berhijab kena tanya diri sendiri, mahu berhijab untuk siapa dan kerana apa?

“Ini selepas beberapa tahun berhijab, ada yang tiba-tiba tidak bertudung lagi dengan alasan tidak mahu hipokrit dengan diri sendiri dan saya tak faham apa maksud mereka yang sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Fouziah Gous yang baru berhijab selepas mengerjaka­n ibadah haji tahun lalu berkata, semua wanita Muslim kena terima hakikat mereka wajib berhijab.

“Bagaimanap­un, ia terletak juga pada keikhlasan hati untuk melakukann­ya kerana jika kita ikhlas mahu berubah serta berhijab kerana Allah SWT, pasti mudah untuk kita melakukann­ya.

“Selepas saya mendirikan rumah tangga enam tahun lalu, suami ada minta saya berhijab tetapi ketika itu saya katakan padanya, saya mahu berhijab kerana Allah SWT. Waktu itu rambut saya panjang, lebat dan ramai yang memuji. Lagilah terasa ‘berat’ hati untuk berhijab.

“Namun saya berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik dengan tidak lagi memakai skirt pendek, mula berbaju labuh dan lebih sopan. Sebelum saya dan suami pergi haji tahun lepas, memang sudah ada hasrat untuk berhijab dan selepas balik dari Tanah Suci, tiada alasan lagi untuk tidak berhijab,” katanya.

Penyanyi baru, Sarah Suhairi berkata, dia berhijab sejak berusia 14 tahun dan kini selepas bergelar artis popular tidak terlintas langsung di mindanya untuk membuka hijab.

“Tiada sebab untuk saya membuka hijab kerana ia benda wajib bagi setiap perempuan Islam.

“Boleh saja saya nak berfesyen dengan terus memelihara aurat. Kadang-kadang pengaruh orang sekeliling juga memainkan peranan. Barangkali ada yang kata, sekali sudah tidak berhijab dan masyarakat sudah tahu, lebih baik buka terus.

“Jika kita mengambil berat dan sayangkan sahabat kita, doakan yang terbaik untuknya,” katanya.

Jangan melakukan sesuatu disebabkan orang lain kerana mereka tidak dapat membantu kita ketika ajal menjemput nanti”

Rozita

Ia terletak pada keikhlasan hati. Jika ikhlas mahu berubah kerana Allah SWT, pasti mudah untuk kita melakukann­ya”

Fouziah

Boleh saja nak berfesyen dengan memelihara aurat. Kadang-kadang pengaruh orang sekeliling juga memainkan peranan”

Sarah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia