Harian Metro

Terkilan tak dapat selamat rakan baik

-

Padang Terap: “Saya terkilan kerana tak dapat selamatkan rakan baik saya (Mohamad Ramli Ibrahim, 65) kerana sebaik saya sampai di tempat kejadian, dia dan dua cucunya sudah tenggelam.

“Ketika itu saya cuba membantu mangsa yang diselamatk­an dan dibawa naik ke tebing dengan menekan dadanya untuk mengeluark­an air dari mulutnya,” kata Jaafar Saad, 56.

Menurut Jaafar, kali terakhir dia bertemu dengan arwah pada malam kelmarin di surau berhampira­n rumah mereka di Kampung Tanjung Luar yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Katanya, dia dan penduduk kampung berusaha mengambil tali untuk membaling ke dalam air yang ketika itu sangat deras namun kelibat ketiga-tiga mangsa hilang.

“Ketika itu saya buntu memikirkan usaha untuk menyelamat sia-sia dan cuba turun ke dalam sungai tetapi bimbang dihanyutka­n air deras.

“Kami hanya menunggu bantuan pasukan penyelamat untuk membantu mencari mangsa di dalam sungai berkenaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

 ??  ?? JAAFAR
JAAFAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia