Harian Metro

Sempat kemas kini status WhatsApp

-

“Arwah sempat mengemas kini status lokasinya di WhatsApp yang menunjukka­n gambar kawasan Sungai Pedu kira-kira 15 minit sebelum lemas.”

Begitu luahan Sabariah Shaari, 46, ibu saudara kepada Norshariza Hafiza, 14, dan Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, yang lemas selepas berkelah di rumah pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap, di sini.

Status WhatsApp menunjukka­n gambar Sungai Pedu dengan kenyataan ‘Hmm panas-panas’ itu ditulis jam 12.43 tengah hari, kira-kira 15 minit sebelum kejadian jam 1 tengah hari.

Sabariah berkata, dia sempat melihat status dikemas kini Norshariza yang mempunyai gambar sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia