Harian Metro

Lambaian terakhir cucu

-

Kota Tinggi: “Jumpa lagi esok,” itu kata-kata terakhir Muhammad Adli Mohd Firdaus, 6, dan adik perempuann­ya, Nur Dalili, 4, kepada nenek mereka sebelum maut bersama ibu bapa dalam kemalangan di Kilometer 55 Jalan Kluang-Kota Tinggi, di sini, malam, semalam.

Mangsa, Mohd Firdaus Januri, 34, dan isterinya Norlia Osman, 33, bersama dua anak mereka maut di tempat kejadian.

Nenek mereka, Rosina Mohd Dimyati, 58, yang juga ibu kepada Mohd Firdaus berkata, dia tidak menyangka kepulangan empat sekelurga ke Kuarters Guru Kota Tinggi berakhir tragedi.

Katanya, empat beranak berkenaan pulang ke rumah keluargany­a di Kampung Bentung, Kluang, selama dua hari sempena Tahun Baharu Cina selain membersihk­an rumah baru dibelinya di Taman Seri Kluang.

“Kebetulan kedua-dua mereka cuti bersama dan mereka tidur satu malam di rumah baru dan satu malam di rumah keluarga kami.

“Sepanjang dua hari di Kluang, mereka sekeluarga membersihk­an rumah, sampaikan keesokan harinya pada Tahun Baru Cina kedua, mereka sekali lagi ke rumah itu,” katanya ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Kota Tinggi, semalam.

Menurutnya, ketika bermalam di rumah keluargany­a, empat beranak berkenaan kelihatan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan.

“Memang mak cik tak nampak perubahan pada mereka empat beranak, kecuali ketika mereka hendak pulang ke rumah malam tadi (semalam),” katanya.

Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia nampak kelainan pada dua cucunya ketika ingin pulang ke rumah.

“Sudah menjadi kebiasaan, kalau nak balik, kedua-dua cucu ini akan memeluk saya dan mesra serta mengungkap­kan perkataan sayang nenek,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, dua cucunya mengungkap­kan mahu bertemunya esok (hari ini), sedangkan perkataan itu jarang dituturkan mereka.

 ??  ?? AHLI keluarga tidak dapat menahan sedih ketika menunggu bagi menuntut jenazah.
AHLI keluarga tidak dapat menahan sedih ketika menunggu bagi menuntut jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia