Harian Metro

Dua maut dalam nahas 5 motosikal

-

Seri Iskandar: Dua maut manakala tiga lagi parah dan seorang cedera dalam kemalangan membabitka­n lima motosikal di Kilometer 40 Jalan Lumut-Ipoh di Seri Iskandar awal pagi semalam.

Kemalangan kira-kira jam 1 pagi itu mengakibat­kan pembonceng motosikal Modenas Dinamik, Aidil Hakimie Abd Latid, 19, yang beralamat di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal berkenaan seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan juga abang mangsa, Muhamad Saufi, 22, parah akibat pendarahan di kepala.

Manakala penunggang Yamaha 125Z, Syed Muhammad Badrul Amin Syed Mohd Nasir, 23, yang beralamat di Felcra Nasaruddin Belia, Bota disahkan meninggal dunia di Hospital Changkat Melintang ketika mendapatka­n rawatan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis menerima maklumat kemalangan itu pada jam 1.10 pagi membabitka­n motosikal Modenas Dinamik, dua motosikal Yamaha 125Z dan dua Yamaha LC.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua motosikal berkenaan dari arah yang sama iaitu dari Durian Kudung menghala ke Bota.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal terbabit bergesel dengan motosikal lain dan terjatuh di atas jalan menyebabka­n tiga lagi motosikal dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal yang terjatuh itu.

“Akibatnya, semua motosikal berkenaan terseret di atas jalan di pelbagai arah yang menyebabka­n seorang pembonceng maut di tempat kejadian dan seorang penunggang disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, selain anggota tentera yang parah, penunggang sebuah lagi Yamaha 125Z, Muhammad Aiman Rusli, 20, beralamat di Titi Gantung, patah tangan kanan dan penunggang Yamaha LC, Abu Kassim Mohd Saad, 25, dari Layang-Layang Kiri, patah kaki kanan.

“Seorang lagi penunggang Yamaha LC, Mohamad Idham Bin Mohd Mokhtar, 21, beralamat di Teluk Bakong hanya mengalami kecederaan ringan.

“Dua mangsa yang maut dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Hutan Melintang dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, tiada saksi bebas yang melihat bagaimana kejadian serta punca sebenar kemalangan.

“Siasatan setakat ini mendapati semua motosikal berkenaan tidak terbabit aktiviti lumba haram (merempit) dan mereka tidak mengenali antara satu sama lain,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN salah satu daripada lima motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Lumut-Ipoh, Seri Iskandar, Bota.
KEADAAN salah satu daripada lima motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Lumut-Ipoh, Seri Iskandar, Bota.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia