Harian Metro

20 minit keluarkan mangsa tersepit

-

Johor Bahru Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluark­an mayat pemandu tersepit dalam kemalangan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer 55 Jalan Kluang-Kota Tinggi, malam semalam.

Empat sekeluarga yang maut di tempat kejadian, Mohd Firdaus Januri, 34, isterinya Norlia Osman, 33, dan dua anak mereka, Muhammad Adli, 6, dan Nur Dalili, 4.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Abdullah Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.51 malam sebelum satu jentera dikerahkan­kan ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya mendapati dua kereta, Honda Civic dan Proton Saga berada di atas jalan raya dengan keadaan remuk teruk dipercayai akibat dirempuh lori.

Menurutnya, kepala lori treler pula terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di kawasan berhampira­n.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa sekeluarga dan pemandu Proton Saga dari arah

Bandar Tenggara menuju ke Kota Tinggi manakala treler itu dari arah bertentang­an.

Sementara itu, Ketua

Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai disebabkan seorang pemandu lori gagal mengawal kenderaan sebelum kenderaan dipandunya memasuki laluan bertentang­an.

“Secara kebetulan dua kereta berada di laluan bertentang­an dan ia menyebabka­n pertembung­an secara berhadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia