Harian Metro

‘Restoran saya diboikot’

-

 Tular pekerja buat upacara keagamaan di hadapan premis

“Ini satu ujian Allah kepada saya,” kata Abul Barakath Khanifah, 44, pemilik Restoran Prata Maju di Bandar Putra, mengenai video berdurasi 49 saat yang tular dan memamparka­n seorang lelaki memegang objek berapi di restoranny­a, baru-baru ini.

Abul Barakath berkata, video itu memberi kesan kepada perniagaan­nya termasuk ‘diboikot’ pelanggan Muslim sejak lima hari lalu.

“Kesan tular video itu menyebabka­n lima hari restoran ini kosong tanpa kehadiran seorang pun pelanggan Muslim.

“Semua ini disebabkan perbuatan seorang pekerja yang melakukan perkara bertentang­an ajaran Islam tanpa pengetahua­n kami. Ketika itu, saya tiada selama tiga hari kerana menyertai ijtima’ jemaah tabligh di India,” katanya yang meluahkan perasaan kecewanya berikutan tindakan pekerjanya itu.

Katanya, niatnya memberikan pekerjaan untuk membantu lelaki berkenaan, namun sebaliknya berlaku apabila restoran dan dirinya pula diaibkan.

“Saya mempunyai lima pekerja dan hanya dia seorang sahaja beragama Hindu, bertugas sebagai pekerja pembersiha­n kedai manakala tugas memasak diserahkan kepada pekerja Melayu iaitu Kak Hamidah,” katanya.

Menurutnya bagi mengelak salah faham pelanggan Muslim dan membolehka­n empat pekerjanya yang lain terus mencari rezeki, dia terpaksa memberhent­ikan pekerja yang melakukan upacara keagamaan di dalam video berkenaan.

Katanya, dia juga mengharapk­an orang ramai menghentik­an penyebaran video berkenaan dan memfitnah dirinya, keluarga serta pekerja Islam yang mencari rezeki halal sejak 17 tahun lalu bersama isteri, Syedha Begam Gani, 39.

Video berkenaan memperliha­tkan seorang lelaki berjalan tanpa selipar sambil membawa api melalui pagar besi tertera perkataan Prata Maju sebelum satu aktiviti keagamaan di restoran berkenaan.

 ??  ?? KEADAAN Restoran Prata Maju yang lengang sejak lima hari lalu akibat tular fitnah menerusi video berdurasi 49 saat di hadapan restoran di Bandar Putra, Kulai.
KEADAAN Restoran Prata Maju yang lengang sejak lima hari lalu akibat tular fitnah menerusi video berdurasi 49 saat di hadapan restoran di Bandar Putra, Kulai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia