Harian Metro

Kanak-kanak hilang ditemui di tadahan air tapak pembinaan

- Hanneeyzah Bariah Baharin am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Mohd Zahid Irfan, 10, selama lebih 24 jam sejak petang Selasa lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di kawasan tadahan air tapak pembinaan di Jalan Sri Putri, Taman Sri Putri, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superinten­den Tok Beng Yeow berkata, ibu kepada kanak-kanak lelaki itu berusia 35 tahun membuat laporan polis pagi kelmarin selepas mendapati anaknya tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, suri rumah berkenaan mendakwa anaknya keluar bermain dari rumah jam 4 petang, 5 Februari lalu, namun tidak pulang ke rumah.

Katanya, pada jam 5.30 petang kelmarin, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumka­n penemuan mayat kanak-kanak lelaki di tapak pembinaan di Taman Sri Putri, Kulai.

Katanya, hasil siasatan mangsa dipercayai lemas dan kes berkenaan diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

“Unit forensik yang menjalanka­n siasatan di tempat kejadian mengesahka­n tiada unsur jenayah termasuk tiada sebarang kesan pergelutan di sekeliling kawasan berkenaan.

“Selain itu, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terapung di kawasan tadahan air semula jadi itu.

“Mayatnya dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beng Yeow berkata, pihaknya difahamkan kawasan berkenaan kerap diceroboh kanak-kanak untuk bermain kerana ia adalah tanah lapang dan berlumpur.

“Kawasan berkenaan tidak berpagar dan terletak 200 meter dari kawasan perumahan,” katanya.

Isi plastik hitam yang dipegang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum berlaku letupan ketika bersama tiga ahli keluargany­a memukat ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong di sini, petang kelmarin menjadi tanda tanya.

Seorang ahli keluarga mangsa nampak Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, memegang satu plastik hitam tetapi mangsa hanya mendiamkan diri ketika ditanya mengenai isi kandungan plastik dibawanya.

Mereka menaiki sampan mengikut arus sungai kira-kira 15 minit sebelum mangsa memberitah­u supaya meninggalk­annya di tebing sungai.

Dalam masa sama, mangsa dikatakan menyuruh ahli keluargany­a yang lain menunggu dan memasang pukat di hilir sungai.

Bagaimanap­un, kira-kira 10 minit kemudian ketiga-tiga ahli keluarga mangsa dikejutkan dengan bunyi letupan kuat.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, Nur Kamarul Adnan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superinten­dan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa mengajak abang, adik lelaki dan adik iparnya pergi ke sungai itu kira-kira jam 1 tengah hari untuk memukat ikan.

Menurutnya, setibanya di sungai berkenaan semua mereka turun ke sungai dan menaiki sampan untuk menuju

 Anggota PASKAL meninggal dunia selepas terbabit dalam satu letupan ketika memukat

ke hilir sungai bagi memukat ikan.

“Ketika itulah seorang ahli keluarga mangsa nampak mangsa memegang satu plastik hitam tetapi tidak diberitahu isi kandungann­ya.

“Selepas meninggalk­an mangsa dan kira-kira 10 minit ke hilir sungai, tiga ahli keluargany­a itu dikejutkan dengan bunyi letupan.

“Panik dengan bunyi letupan itu mereka menjerit nama mangsa tetapi tiada jawapan menyebabka­n mereka bergegas menuju ke lokasi mangsa ditinggalk­an di tebing sungai.

“Mereka terkejut apabila menemui mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di perut, muka serta kedua-dua belah tangannya,” katanya.

Zulkifli berkata, ahli keluarga mangsa kemudian segera mengejarka­nnya ke Klinik Kesihatan Sungai Tong sebelum Nur Kamarul Adnan disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHLI keluarga menunggu operasi mencari Mohd Zahid yang lemas di kolam terbiar tapak pembinaan di Jalan Sri Putri, Taman Sri Putri.
AHLI keluarga menunggu operasi mencari Mohd Zahid yang lemas di kolam terbiar tapak pembinaan di Jalan Sri Putri, Taman Sri Putri.
 ??  ?? LOKASI mangsa ditemui lemas.
LOKASI mangsa ditemui lemas.
 ?? Zulkifli ?? Ketika itulah seorang ahli keluarga mangsa nampak mangsa memegang satu plastik hitam tetapi tidak diberitahu isi kandungann­ya”
Zulkifli Ketika itulah seorang ahli keluarga mangsa nampak mangsa memegang satu plastik hitam tetapi tidak diberitahu isi kandungann­ya”
 ??  ?? MOHD Zahid
MOHD Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia