Harian Metro

Jamah asam pedas sebelum tragedi berdarah

-

Permaisuri: Sajian asam pedas masakan ibunya sempat dijamah anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang maut selepas terkena bom ikan ketika memukat ikan bersama tiga ahli keluargany­a di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong di sini, kelmarin.

Abang sulung mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Zulhilmi berkata, Allahyarha­m Nur Kamarul Adnan Abdul Aziz, 32, meminta ibu mereka masak asam pedas kegemarann­ya pada hari kejadian.

Menurutnya, dia dapat lihat adiknya cukup berselera makan sebelum pergi memukat ikan dan berlakunya tragedi itu.

“Allahyarha­m tak ada menunjukka­n petanda pelik, cuma sebelum kejadian arwah minta ibu masak asam pedas.

“Pada tengah hari itu, dia makan dengan berselera dan selesai makan, dia menunaikan solat lalu mengajak beberapa ahli keluarga pergi memukat ikan.

“Tak sangka pula kejadian malang itu menimpa. Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Allahyarha­m Nur Kamarul yang bertugas dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, meninggalk­an seorang balu dan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Tong, Setiu, selepas mengalami kecederaan di perut, muka serta kedua-dua belah tangan dipercayai terkena bom ikan dalam kejadian jam 3.30 petang kelmarin.

Zulhilmi yang enggan mengulas panjang kerana masih terkejut dan bersedih berkata, jenazah Nur Kamarul Adnan yang selesai proses bedah siasat di Hospital Setiu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Chalok Kedai di sini, selepas solat Asar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia