Harian Metro

Gambar bogel isteri curang

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@nstp.com.my

 Suami belasah lelaki ugut sebar foto aib

Berang selepas mengetahui isterinya menjalinka­n hubungan sulit dengan rakan sekerja menyebabka­n seorang lelaki bersama ahli keluargany­a memukul kekasih wanita itu yang juga warga Filipina, kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas suaminya berusia 37 tahun membuka telefon bimbit isterinya berusia 36 tahun itu ketika berada di rumah mereka di Lunas Ahad lalu.

Lelaki itu terkejut melihat wanita itu menghantar gambar bogel kepada kekasihnya itu.

Ketua Polis Daerah Kulim Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dia meminta penjelasan isterinya sebelum wanita itu mengaku menjalinka­n hubungan sulit selepas diugut rakan sekerjanya itu yang ingin menyebarka­n gambarnya.

Menurutnya, lelaki terbabit bersama tiga lagi lelaki lain mencari kekasih isterinya di rumah lelaki itu di Lorong Lembah Impiana, di sini, jam 5.30 petang kelmarin sebelum membawanya ke lokasi tidak pasti.

“Sebaik tiba, isterinya bersama ahli keluarga lain menunggu sebelum disoal mereka mengenai hubungan itu.

“Dia mengaku menjalinka­n hubungan sulit menyebabka­n mereka terus memukulnya dengan kayu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ahmad Nasir berkata, selepas dipukul dia dihantar pulang semula ke rumah sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim untuk tindakan selanjutny­a.

“Susulan itu, kami menahan suami wanita itu bersama seorang lagi lelaki berusia 44 tahun jam 1 pagi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

“Kekasih wanita itu bagaimanap­un turut ditahan selepas suaminya membuat laporan berhubung ugutan menyebar gambar bogel isterinya,” katanya.

Beliau berkata, kes pukul disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala lelaki warga Filipina yang ditahan itu pula disiasat mengikut Seksyen 498 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 ?? Ahmad Nasir Jaafar ?? Kami menahan suami wanita itu bersama seorang lagi lelaki berusia 44 tahun jam 1 pagi di pekarangan IPD Kulim”
Ahmad Nasir Jaafar Kami menahan suami wanita itu bersama seorang lagi lelaki berusia 44 tahun jam 1 pagi di pekarangan IPD Kulim”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia