Harian Metro

Malaria knowlesi tidak merebak antara manusia

-

Kuantan: Malaria knowlesi yang menjangkit­i tiga pemancing selepas melakukan aktiviti memancing di Sungai Lembing di sini bulan lalu, tidak boleh merebak antara manusia ke manusia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, sebaliknya penyakit itu hanya merebak daripada haiwan kepada manusia.

“Saya mengesahka­n tiga pemancing yang positif penyakit itu kini mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kerana mengalami demam dan sakit kepala akibat penyakit itu.

“Bagaimanap­un, tiga lelaki itu hanya mendapat rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa empat daripada lima pemancing didapati positif malaria selepas memancing di Sungai Lembing.

Menurutnya, malaria jenis itu jarang menyebabka­n kematian dan boleh dirawat melalui kaedah perubatan yang ada pada hari ini.

“Kami tidak tahu haiwan apa yang membawa penyakit ini kerana haiwan yang ada atau pembawa malaria jenis ini tidak dijangkiti penyakit ini sebaliknya hanya pembawa.

“Tetapi nyamuk yang membawa penyakit ini kepada manusia akan menyebabka­n manusia berasa demam. Ia tidak dijangkiti daripada manusia ke manusia lain.

“Haiwan apa kita tidak tahu...mungkin monyet dan juga haiwan lain,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang dengan kes malaria itu kerana pihaknya memantau kawasan Sungai Lembing.

“Saya menafikan kawasan Sungai Lembing ditutup untuk aktiviti. Kami hanya melakukan pemantauan di sekitar kawasan itu dan tidak menutupnya,” katanya.

 ??  ?? DR Sha’ari
DR Sha’ari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia