Harian Metro

Cari bakat terpendam hiasi Spotlight

-

Kuala Lumpur: Pelakon versatil, Fauziah Ahmad Daud bakal muncul dengan program realiti sendiri iaitu Spotlight yang memulakan siarannya pada 23 Februari ini.

Fauziah, 57, atau lebih mesra disapa Ogy berkata, program itu memberi peluang kepada sesiapa saja yang berbakat tanpa sebarang diskrimina­si dari segi rupa dan penampilan.

“Saya nak mencari bakat terpendam dalam apa jua bidang. Tidak semestinya dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraa­n saja. Ia juga terbuka kepada semua tanpa had umur.

“Lebih penting, saya nak memberi ruang dan peluang kepada mereka yang selama ini didiskrimi­nasi atas ciri-ciri tertentu seperti tak cantik atau kacak, gemuk, hitam dan banyak lagi. Saya berasakan, setiap dalam diri kita ada bakat masing-masing.

“Berbekalka­n pengalaman lebih empat dekad dalam bidang seni, saya nak gilap bakat mereka. Kalau mereka tak ada peluang di tempat lain, Spotlight adalah tempat mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menariknya, program itu adalah projek sulung Ogy menerusi TV Online yang baru ditubuhkan­nya iaitu Ogytv.com.

Ogy berkata, peserta yang ingin menyertai program itu perlu menjalani bengkel latihan pada Sabtu ini dengan kadar bayaran RM100 sebelum melangkah ke sesi uji bakat keesokan harinya.

“Sesi ini bertujuan mendidik mereka dari segi membuat persediaan sebelum pergi uji bakat. Saya tak mahu mereka memalukan diri sendiri sewaktu sesi uji bakat di jalankan. Kasihan pada mereka datang dari jauh, tapi tidak berjaya,” katanya.

Program yang bakal disiarkan secara langsung itu menampilka­n pengacara Ammar Hot FM dan Liya Yasmin.

Sebarang maklumat lanjut boleh melayari Ogytv.com atau terus ke Instagram Ogy iaitu @kak_ogy.

 ??  ??
 ??  ?? OGY
OGY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia