Harian Metro

Kutip RM700,000

-

 Istana Budaya ambil tindakan undangunda­ng terhadap syarikat culas bayar hutang

Istana Budaya jangka dapat mengutip sehingga RM700,000 daripada 37 syarikat yang masih belum melunaskan hutang penajaan mereka sejak 2010.

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, bayaran hutang tertunggak itu perlu dijelaskan oleh syarikat berkenaan yang turut menempah slot pementasan di Istana Budaya tahun ini.

“Jika mereka (syarikat penaja) ingin mendapatka­n slot pementasan, mereka perlulah menjelaska­n hutang yang ada terlebih dahulu.

“Untuk mengelakka­n hutang bertambah, kami kena bertegas dengan semua pihak dan akan menyenarai hitam mereka yang bermasalah,” katanya mengulas mengenai 37 syarikat yang menaja persembaha­n di Istana Budaya, tetapi belum melangsaik­an hutang tertunggak berjumlah RM3 juta sejak 2010.

“Apa yang kami dapat lihat, selepas perkara ini dilaporkan media, ada antara mereka yang sudah mula mengambil langkah agresif untuk membayar hutang.

“Malah, kami juga memberi peluang kepada mereka untuk membayar hutang secara ansuran. Sekurang-kurangnya usaha untuk melangsaik­an hutang yang tertunggak sudah ada,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, Istana Budaya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang masih culas.

“Kali ini, kami tidak akan bagi muka lagi. Kami terpaksa bersikap lebih agresif kerana perkara ini memberi imej yang kurang baik kepada Istana Budaya. Kami bukan mahu menakutkan mereka sebaliknya memberikan rasa bertanggun­gjawab selain mereka seharusnya mempunyai kewangan yang mantap serta jangan berharap kepada pulangan jualan tiket semata-mata,” katanya.

Enggan masalah sama berulang, Mohamed Juhari berkata, Istana Budaya terpaksa menukar prosedur operasi standard sejak tahun lalu.

“Selain daripada membayar deposit, mereka juga harus membayar 50 peratus sewaan panggung sebelum pementasan bermula.

“Kami terpaksa melakukann­ya sebagai usaha mengurangk­an masalah ini,” katanya. - BERNAMA

 ?? Mohamed Juhari Shaarani ?? Apa yang kita dapat lihat, selepas perkara ini dilaporkan media, ada antara mereka yang sudah mula mengambil langkah agresif untuk membayar hutang”
Mohamed Juhari Shaarani Apa yang kita dapat lihat, selepas perkara ini dilaporkan media, ada antara mereka yang sudah mula mengambil langkah agresif untuk membayar hutang”
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 9 Januari lalu.
LAPORAN Harian Metro, 9 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia