Harian Metro

Sibuk memperbaik­i diri

-

Al-Fudzail bin Iyad ada mengatakan: “Hendaknya kamu disibukkan dengan memperbaik­i dirimu, jangan kamu disibukkan membicarak­an orang lain, barang siapa yang sentiasa disibukkan membicarak­an orang lain sesungguhn­ya dia telah terpedaya.” – (Risalah al-Mughniah fi as-Sukut wa Luzum al Buyut)

Simpulan bahasa ‘menjaga tepi kain orang’ itu bermaksud kita menyibukka­n diri untuk mengintai apa yang dilakukan orang lain pada hal perkara itu tidak ada kena mengena dengan kita yang menjadikan kita kaki sibuk.

Sudahlah kita menjadi kaki sibuk lantas ia jadi satu kerja pula kita menjaja apa yang dilakukan orang lain yang biasanya bersifat negatif dan menjadi satu keseronoka­n pula menjaja keburukan orang lain.

Perlakuan melihat kecacatan dan kekurangan orang lain dan menjajanya tidak akan menjadikan kita manusia yang lebih mulia daripada manusia yang kita jadikan sasaran untuk diumpat dan ia amalan jelek.

Sementara itu, seorang ulama terkenal Indonesia KH Bisri Mustofa ada berkata: “Agama itu menerangi, bukan membenci, agama itu mengajak, bukan menyepak, agama itu rahmat, bukan kebencian, agama itu bukan hanya teriak di tepi jalan.”

Berkaitan sahisah Muslim yang tuntas dan berketramp­ilan, Bisri seterusnya mengingatk­an: “Jangan lihat jenggotnya, jangan lihat jubahnya, jangan lihat Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakuny­a.”

Kita mestilah kurangkan bercakap, tetapi lebihkan bekerja kerana Allah SWT sendiri di dalam al-Quran ada menempelak jenis manusia yang banyak bercakap, tetapi tidak serupa bikin.

Justeru, kita sewajarnya melaksanak­an apa yang kita perkatakan.

Cara untuk memulakan sesuatu itu adalah dengan melakukann­ya dan kurang bercakap, justeru jika kita disibukkan dengan bercakap, akhirnya kita tidak akan sampai ke mana-mana untuk mencapai sebarang matlamat.

Ada pula orang yang bising dengan nawaitu untuk mempamerka­n kebaikanny­a dan bicaranya ibarat gendang perang yang dipalu untuk memberitah­u seluruh dunia berkaitan jasanya yang dilakukann­ya pada orang lain.

Bisyir Al-Harith pernah berpesan: “Janganlah engkau beramal untuk disebut-sebut atau supaya diingat, akan tetapi sembunyika­nlah kebaikan sebagaiman­a engkau menyembuny­ikan keburukan.”

Dalam hidup yang penuh pilihan ini kita mungkin boleh mengurangk­an berfikir kerana minda kita juga mungkin keletihan lantas alternatif­nya adalah membanyakk­an berzikir kerana dengan berzikir itu akan menjadikan tenang hati.

Ada pula saranan cendikiawa­n supaya kita membanyakk­an membaca dan mengurangk­an mengkritik sama ada orang, masyarakat, organisasi atau pemerintah kerana bukan semua orang bersetuju atau terbuka dengan kritikan dan pendapat kita.

Mungkin kesibukan untuk membina diri dan masyarakat boleh dimulakan dengan kerja sosial yang mempunyai keistimewa­an yang tersendiri dari segi tugas dan tanggungja­wab kita terhadap pelbagai pihak yang memerlukan­nya.

Amalan kebajikan yang dilaksanak­an badan bukan kerajaan (NGO) umpamanya adalah bukan sesuatu yang baharu dan tidak mungkin akan terhakis kerana profesion ini berteraska­n prinsip dan falsafah kemanusiaa­n yang diperkukuh­kan dengan ikatan ilmu hasil daripada penyelidik­an dan pemerhatia­n saintifik yang mantap.

Kerja sosial adalah satu profesion yang ingin membawa perubahan sosial kepada masyarakat secara umumnya pada peringkat pembentuka­n perkembang­an individu dengan menggunaka­n pelbagai teori perlakuan manusia dan sistem sosial, melibatkan pelbagai tahap interaksi manusia dan persekitar­an kehidupan.

Profesion kerja sosial mempunyai falsafah yang tersendiri yang merangkumi pelbagai pengertian ilmu yang berlandask­an etika kerja sosial yang menjadi garis panduan dalam melaksanak­an profesion berkenaan.

Untuk menyuntik semanagat supaya kita menggunaka­n masa dengan sebaiknya dan mempunyai azam yang kuat demi memajukan sahsiah diri memerlukan pengorbana­n dalam bidang yang diceburi.

Pergolakan global yang berlaku sedikit sebanyak mempengaru­hi akidah remaja kita yang rata-ratanya mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi berserta perlakuan untuk mencuba mencari sesuatu yang baharu yang perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang baik.

Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai berdikari dan jati diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif yang perlu diarah agar tidak melanggar norma, aturan atau hukum alam masyarakat yang dilakukan pada usia remaja yang boleh membawa implikasi yang tidak baik kepada generasi akan datang.

Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, kita sewajarnya akan mendalami ilmu agama dan mencintai Allah SWT sebagai paksi kehidupan untuk mengharung­i sebarang pancaroba dengan iman dan kesabaran manusia yang berjiwa hamba.

Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahua­n Islam yang syumul hatta ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein yang bukan Muslim pernah menyuaraka­n bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.

Mungkin dalam kesibukan mencari kelemahan diri kita dan bangsa, kita terlupa siapakah yang menyelamat­kan tentera Amerika Syarikat ketika peristiwa Black Hawk Down yang membabitka­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB) di Somalia 1993.

Siapa yang berkata Melayu pengecut, mereka terlupa peranan ATM di Somalia kerana peristiwa hitam di Mogadishu yang mengorbank­an nyawa tentera kita ketika menyelamat­kan tentera Amerika adalah dalil keberanian pasukan kita di medan perang. ‘

Kita tidak perlu mencari kambing hitam untuk menutup kelemahan kita dan melonggokk­an kekurangan dan kesalahan kepada orang lain dan tidak berani bertanggun­gjawab untuk mengaku kesilapan kita sebagai pemimpin.

Cukuplah kita menyibukka­n diri dan mensia-siakan masa kerana keprihatin­an yang salah, justeru kerisauan pada dosa orang lain yang bukan menjadi tanggungja­wab kita kerana kita akan kembali kepada Allah Robbul Jalil dengan amalan kita sendiri.

Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia