Harian Metro

Siasat dakwaan pegawai tumbuk anggota ATM secara adil

-

Dakwaan seorang pegawai kanan tentera darat menumbuk anggota bawahan yang ditularkan menerusi media sosial disiasat, kata Menteri Pertahanan Mohamad

Sabu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan secara bebas dan adil.

“Selaku Menteri Pertahanan, saya mengambil maklum. Pihak Tentera Darat melakukan siasatan segera dan mengeluark­an laporan terperinci mengenai kejadian itu.

“Saya memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang (menutup kes) dilakukan,” katanya.

Beliau meminta semua pihak bersabar serta berhenti membuat dakwaan demi menjaga nama baik Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selasa lalu, rakaman video berdurasi seminit 10 saat tular di laman sosial menunjukka­n lelaki dipercayai pegawai kanan berpakaian preman menumbuk anggota lengkap bersenjata yang mengawal pintu masuk kem tentera.

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia