Harian Metro

Elak ibu bapa terabai

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Kajian diagnostik gubal model penjagaan warga emas

(ibu bapa).

“Kita tengok macam mana nak teruskan, (secara) menyeluruh­lah. Kalau buat macam menghukum namun tidak menyelesai­kan masalah pun salah juga.

“Jadi ini kita tengok. Kita akan buat satu kajian dinamakan kajian diagnostik. Kita akan buat satu undang-undang khusus bagi itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat latihan dan jagaan harian kanak-kanak berkeperlu­an khas Tasputra PERKIM di Taman U Thant di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Tasputra Elahe Norman.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menegaskan, seseorang anak tidak wajar mengabaika­n ibu bapa mereka.

“Kita mesti (pastikan) budaya ini tak hilang. Jangan hilang, macam mana kita menjaga ibu bapa, bagaimana mereka menjaga kita masa kita kecil,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah ketika berucap berkata, tahun lalu kementeria­n melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanja­kan RM13.6 juta untuk 224 pertubuhan sukarela kebajikan termasuk yang mempunyai pusat jagaan seperti Tasputra PERKIM.

“Pemberian geran tahunan ini bertujuan memberi sokongan kepada pertubuhan sukarela kebajikan dalam usaha memberi perkhidmat­an terbaik kepada kumpulan sasar yang berkeperlu­an, meringanka­n beban kewangan dan memastikan pelaksanaa­n program dan aktiviti kebajikan dilaksanak­an secara berterusan dan menyeluruh,” katanya.

Mengenai program utama kementeria­n tahun ini, katanya, program itu ialah pelaksanaa­n dua kajian yang menumpukan peluang pekerjaan untuk orang kurang upaya (OKU) serta sistem sokongan penjaga OKU.

“SpecialJob­s.com.my pula satu kolaborasi antara kerajaan dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta, yang mana portal itu diwujudkan khas untuk carian pekerjaan bagi OKU,” katanya.

 ??  ?? DR Wan Azizah diiringi Elahe (dua dari kiri) bermesra dengan pelajar di Taman U Thant, Ampang, semalam.
DR Wan Azizah diiringi Elahe (dua dari kiri) bermesra dengan pelajar di Taman U Thant, Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia