Harian Metro

Hidup melarat

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Pasangan OKU besar dua anak di rumah kayu papan lapis tanpa kemudahan asas

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu realiti ditempuh Baladiah Razali, 34, bersama suaminya, Mohd Rashid Saparuan, 42, yang hidup serba kekurangan di Kampung Bagan Terap, di sini.

Pasangan itu kini menetap di rumah kayu papan lapis tanpa kemudahan asas seperti api dan air selain bumbung kerap bocor serta dipenuhi semak samun.

Namun, mereka terpaksa menempuh keadaan itu demi membesarka­n dua anak iaitu Nur Izzah Afifah dan Nur Izzah Zahara masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.

Baladiah yang juga orang kelainan upaya (OKU) berkata, dia yang sebelum ini bekerja sebagai guru di sekolah agama di Perak terpaksa bersara awal pada 2015 berikutan menghadapi masalah gangguan mental.

“Sejak mula mengajar pada 2009, masalah itu kerap mengganggu tumpuan saya sehingga terpaksa mengambil keputusan bersara awal.

“Malah, selepas berkahwin dengan suami pada November 2011, saya lebih selesa berada di rumah sambil menjaga anak walaupun saya sendiri tidak begitu sihat kerana penyakit kencing manis,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Operasi Agihan Daerah Lembaga Zakat Selangor (LZS) Daerah Sabak Bernam, Mohd Fadzly Sulaiman.

Kata Baladiah, suami yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar surat di Kuala Lumpur juga sudah tidak berupaya selepas terbabit kemalangan jalan raya pada 2003.

“Kini, dia tidak mampu melakukan kerja berat dan hanya bergantung kepada pencen ilat selain bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaki berkata, pihaknya akan memanjangk­an perkara berkenaan kepada pihak atasan dalam usaha membantu keluarga terbabit keluar daripada belenggu kemiskinan.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i Mohd Rashid di talian 013-3377044 atau akaun Bank Islam atas nama beliau (1205602271­9257).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia