Harian Metro

Dua beradik cari ibu kandung

-

Sungai Petani: Dua beradik yang bakal mewakili sekolah ke Program Pengantara­bangsaan Ko-kurikulum Sekolah di Thailand mencari ibu mereka bagi proses dokumentas­i membuat pasport.

Nur Aleesya Balqis Mohd Shah Rezan, 10, dari Sekolah Kebangsaan Syed Jan dan kakaknya Nur Qistina Balqis, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar di sini, bakal menyertai program itu bulan depan.

Ibu saudara mereka, Norafiza Mat Lazim, 40, berkata, dia dan suami Mat Tabri Mohd Bahadon, 44, berdepan kesukaran untuk membuat pasport bagi dua beradik itu apabila pihak Imigresen meminta bukti pengesahan sebagai penjaga yang sah.

“Memandangk­an mereka di bawah umur, pihak imigresen mahukan pengesahan daripada ibu mereka sendiri kerana kami tidak mempunyai dokumen sah sebagai penjaga.

“Sebelum ini, arwah ayah yang menjaga mereka, namun selepas arwah meninggal dunia, kami mengambil alih tugas menjaga mereka di rumah pusaka ayah ini.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menghubung­i ibu mereka, namun sehingga kini kami masih gagal menjejaki di mana dia berada,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, semalam.

Norafiza berkata, kali terakhir ibu mereka yang juga adiknya Nur Asilah, 33, ditemui pada hari pengebumia­n arwah ayah mereka pada Oktober 2017.

 ??  ?? NUR Asilah
NUR Asilah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia