Harian Metro

Gadis OKU ditemui 200km dari rumah

-

Dungun: Gadis orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Gong Pasir di sini, ditemui selamat 200 kilometer (km) dari tempatnya dilaporkan hilang jam 2.30 petang semalam.

Nik Nur Shahindah Nik Zawawi, 20, yang bisu dan mengalami masalah pendengara­n dikatakan keluar dari rumahnya jam 5.45 awal pagi semalam.

Ibu mangsa, Sharifah Salina Tuan Dalam, 43, berkata, anaknya itu disedari hilang jam 6 pagi sebelum mencari di rumah saudara berdekatan.

Menurutnya, dia dan saudara-mara mencari di sekitar bandar ini tetapi gagal menemui anak ketiga daripada lapan beradik itu.

“Saya sangat susah hati dan bimbang keselamata­nnya dan tidak membuat laporan polis kerana menyangka dia tidak keluar jauh dari kampung,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan tularkan kehilangan­nya di Facebook (FB) untuk meminta bantuan orang ramai mencari anaknya itu.

“Kerisauan saya berakhir apabila natizen menghubung­i saya dan memaklumka­n menemui anak saya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, Kuantan jam 2.30 petang.

“Saya dimaklumka­n anak saya menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur sebelum bas berhenti rehat di situ,” katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya segera dalam perjalanan mengambil anaknya di R&R itu.

“Dia seorang anak yang sensitif dan cepat merajuk. Saya ada menegurnya semalam dan tidak menyangka dia lari dari rumah,” katanya.

 ??  ?? NIK Nur Shahindah
NIK Nur Shahindah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia