Harian Metro

Air mata buat tunang Gaji pertama, terakhir

- Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Tidak dapat menanggung sebak, tunang kepada Allahyarha­m Fatin Arina Mohd Asri gagal menahan air mata daripada terus mengalir sepanjang pengebumia­n berjalan, semalam.

Wan Mohd Fauzul Azam Wan Mohd Rais, 24, yang

Tanah Merah: “Sebaik menerima gaji pertamanya baru-baru ini, Kak Long ada berikan separuh gajinya kepada saya dan belanja makan seluruh ahli keluarga,” kata Zubaidah Shafie, 49. Zubaidah, ibu kepada Allahyarha­m Fatin Arina Mohd Asri, 23, yang baru sebulan bekerja di Bank Islam, Pasir Mas maut dalam kemalangan di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas, petang kelmarin.

Menurutnya, anak sulungnya itu memaklumka­n selepas ini mungkin dia sudah tidak boleh beri (gaji) sebab ingin membuat persiapan perkahwina­nnya.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, malah bersetuju dengan keputusann­ya itu kerana sejak beberapa bulan lalu dia sudah mula membeli semua barang hantaran.

“Selepas berlaku tragedi semalam (kelmarin), baru saya teringat semula katanya itu yang seolah-olah menandakan dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Gading di sini, semalam.

 Mangsa dijangka berkahwin pada 8 Jun

 ??  ?? MOHD Asri Zakaria dan isteri, Zubaidah menyiram air mawar ke
pusara anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Mukim Kampung
Bukit Gading, semalam.
MOHD Asri Zakaria dan isteri, Zubaidah menyiram air mawar ke pusara anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Mukim Kampung Bukit Gading, semalam.
 ??  ?? ZUBAIDAH bersama anaknya, Nisya Auni menunjukka­n baju pengantin arwah Fatin Arina.
ZUBAIDAH bersama anaknya, Nisya Auni menunjukka­n baju pengantin arwah Fatin Arina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia