Harian Metro

Drebar bas pandu laju, mengantuk

-

Hulu Selangor: Memandu laju dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca sebuah bas ekspres terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 409.4 Lebuhraya PLUS arah selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.43 pagi, pemandu bas ekspres itu, Muhamad Azhar Abdul Razak, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Manakala seorang penumpang parah selain sembilan lagi cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Selangor Superinten­dan Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku apabila bas yang dalam perjalanan dari Kedah ke Shah Alam melanggar belakang treler muatan cecair susu getah yang bergerak perlahan di lorong kiri.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku kerana kecuaian pemandu bas yang memandu laju dan mengantuk.

“Seramai 30 penumpang berada dalam bas itu ketika kejadian. Daripada jumlah itu, seorang penumpang parah dan sembilan lagi cedera ringan manakala selebihnya tidak cedera,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu bas yang tersepit di tempat duduk pemandu.
ANGGOTA bomba mengeluark­an pemandu bas yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia