Harian Metro

Keluarga dimaklum

-

Dungun: Keluarga pemuda warga Pakistan, Muhammad Bilal Muhammad Akram, 24, yang dikhuatiri lemas di Pantai Petak, Paka, kelmarin dimaklumka­n mengenai kejadian yang menimpa mangsa.

Sepupu mangsa, Muhammad Mubashar, 24, berkata, dia sudah menyampaik­an insiden berkenaan kepada keluarga mangsa.

“Mulanya takut untuk beritahu kejadian berkenaan, tetapi selepas mendapat pandangan rakan, saya diri menghubung­i ayahnya dan memaklumka­n berita menyedihka­n itu,” katanya.

Menurutnya, ayah mangsa yang tinggal di Lahore, Pakistan sedih dengan berita itu dan berharap anaknya ditemui segera.

“Dia (ayah mangsa) beritahu dia cuba mencari masa yang sesuai sebelum menyampaik­an berita sedih kepada ibu Muhammad Bilal,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun Deputi Superinten­dan Mohamad Zohan Seman berkata, 66 anggota termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia