Harian Metro

Penggubah bunga nafi cedera mak cik dengan asid

-

Kuala Lumpur: Seorang penggubah bunga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam, atas dua pertuduhan mencederak­an dua wanita termasuk ibu saudaranya menggunaka­n asid sehingga melecur di muka dan badan.

Shafiqah Izzati Badrul Hisham, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Suzana Hussin selepas dua pertuduhan itu dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Shafiqah didakwa dengan sengaja menyebabka­n cedera parah terhadap ibu saudaranya Rafzaliza Rafli, 34, dan rakan Rafzaliza, Nadia Mohd, Khalid, 35, dengan menggunaka­n asid menyebabka­n kedua-dua mangsa mengalami lecur yang teruk di bahagian muka dan badan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Taman Kencana Fasa 2, Pandan Perdana, di sini, pada jam 3.30 petang, 29 Januari lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh mempunyai hubungan keluarga dengan Rafzaliza dan atas faktor keselamata­n.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un memohon mahkamah membenarka­n dia diikat jamin dengan alasan dia mengalami gangguan emosi.

Suzana tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin atas alasan seperti yang dipohon pihak pendakwaan dan menetapkan 4 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, kejadian berlaku berpunca masalah hutang. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia