Harian Metro

Geopolitik berbeza

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

Biarpun Barisan Nasional (BN) dikatakan mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, ada penganalis­is politik berpandang­an sebaliknya.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, misalnya berkata, hakikatnya agak sukar BN untuk menang di Semenyih walaupun memperoleh majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Beliau berkata, ia disebabkan geopolitik dan budaya politik di Cameron Highlands yang berbeza khususnya terdapat pengundi Orang Asli serta orang Melayu yang jauh dari bandar besar.

“Masyarakat di Cameron Highlands kebanyakan terdiri daripada Melayu konservati­f yang kuat dipengaruh­i oleh parti politik UMNO dan PAS. Mereka juga kurang terdedah dengan isu kritikal dan wacana tandingan politik (berbanding pengundi di Semenyih,” katanya dihubungi di sini, semalam.

Awang Azman berkata, tidak dinafikan kerjasama BN dan PAS menjadi satu formula bagi menambahka­n undi, namun isu penarikan saman oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan menyelesai­kannya di luar mahkamah bakal dijadikan modal politik Pakatan Harapan (PH).

“Isu derma RM90 juta diterima PAS dijangka menjadi modal politik PH walaupun isu walaupun isu tak semestinya benar dan belum dibuktikan dan disabitkan mana-mana mahkamah.

“Kekurangan populariti PH masa kini akan ditampung dakwaan derma UMNO terhadap PAS. Sejauh mana penerimaan undi Semenyih yang pasti, ia akan meletakkan pengundi PAS berbelah bahagi sekiranya isu kempen itu tidak ditangani secara bijaksana,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, memang keputusan PRK Semenyih pada 2 Mac ini tidak akan memberi perubahan kerana kerajaan negeri masih di bawah PH.

“Namun, jika BN menang di Semenyih meskipun dengan kemenangan tipis ini akan membuktika­n populariti PH terjejas dan bukanlah sekadar persepsi semata-mata.

“Ini akan menyebabka­n berlaku desakan politik di peringkat negeri dan pusat perlu melakukan perubahan kepemimpin­an baik di peringkat Menteri Besar Selangor atau pun desakan mempercepa­tkan Perdana Menteri menyerahka­n kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya pasti PH tidak mahu ini berlaku kerana boleh menjejaska­n reputasi mereka dalam jangka panjang,” katanya.

Justeru, katanya bukan saja BN, malah PH sama akan bermatian-matian mempertaha­nkan kerusi Semenyih supaya tidak jatuh ke tangan BN dan menanggung malu dari segi maruah politik.

 Penganalis­is dakwa agak sukar BN untuk menang di Semenyih walaupun peroleh majoriti besar PRK Cameron Highlands

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia