Harian Metro

Teliti lebih enam pencalonan

-

Shah Alam: Barisan Nasional (BN) menerima banyak pencalonan untuk dipertaruh­kan mewakili parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, awal bulan depan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata selain senarai enam nama yang diserahkan UMNO Selangor, pihaknya menerima beberapa nama calon yang diserahkan Majlis Tertinggi (MT) parti.

“Kita juga akan menilai calon yang dicadangka­n pihak luar UMNO bagi memastikan ia diterima penduduk setempat. Calon itu mesti dikenali. Jika tidak, kita susah nak kenalkan kepada rakyat setempat.

“Ini kriteria yang akan kita ambil kira. Calon yang mempunyai masalah tidak akan ditapis,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda di sini, semalam.

Mohamad turut mengesahka­n nama bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiada dalam senarai calon mewakili BN pada PRK Semenyih itu.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan berkenaan berkata, BN akan memilih calon terbaik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Katanya, sekiranya calon terbabit mempunyai rekod tidak baik, BN memerlukan masa untuk membersihk­an nama calon itu.

“Jika yang bermasalah, tempoh 10 hari kempen kita gunakan untuk bersihkan, terangkan mengenai calon.

“Kita nak calon yang tak ada cacat cela. Jentera boleh terus bergerak, tak ada sangkut-sangkut,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad berkata, kemenangan BN pada PRK Parlimen Cameron Highlands bulan lalu menjadi pemangkin semangat kepada parti untuk terus menambat hati pengundi di PRK Semenyih.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahka­n wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU14.

Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebelum ini mengumumka­n PRK Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari ini.

 ??  ?? MOHAMAD Hassan pada program Bicara Minda, semalam.
MOHAMAD Hassan pada program Bicara Minda, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia