Harian Metro

Najib fail rayuan cabar keputusan

-

Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengemukak­an rayuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarka­n Peguam Negara menarik balik sijil pemindahan tujuh pertuduhan membabitka­n SRC Internatio­nal Sdn Bhd ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berhujah di Mahkamah Rayuan di sini, berkata tindakan Peguam Negara Tommy Thomas itu adalah tidak sah dan terbatal.

“Tindakan pendakwaan menarik balik sijil pemindahan mengikut Seksyen 418(A) Kanun Acara Jenayah (KAJ) itu memberi kesan kepada keseluruha­n kes.

“Tommy sendiri menarik balik sijil itu kerana ragu sama ada pemindahan itu sah atau tidak.

“Ia menimbulka­n tanda tanya dan kami berhujah bahawa apabila sijil itu ditarik balik, tidak ada lagi sebarang prosiding wujud di Mahkamah Tinggi kerana ia dikembalik­an ke Mahkamah Sesyen. Pendakwaan tidak boleh menarik balik sijil itu begitu saja tanpa menerima sebarang kesan,” katanya.

Oleh itu, Muhammad Shafee berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu dan turut mengemukak­an permohonan supaya kes itu didengar segera.

Beliau berkata demikian ketika memohon di Mahkamah Rayuan di sini, untuk menangguhk­an permohonan asal mereka bagi membolehka­n isu lebih utama membabitka­n keputusan pihak pendakwaan menarik balik sijil pemindahan kes didengar terlebih dahulu.

 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia