Harian Metro

Tawan 3 menara dalam 2 bulan

-

Pelari solo wanita negara, Mejar (K) Dr Suwaibah Mohd Nasir bakal menawan tiga menara tertinggi dalam masa dua bulan bermula akhir Februari ini hingga April depan sebagai sebahagian misinya untuk menawan 30 menara tertinggi di dunia menjelang 2020.

Suwaibah, 46, berkata, dia akan menawan tiga menara iaitu di Filipina pada akhir Februari, Marina Bay Sands (200 meter) di Singapura Mac dan menara Ostankino di Moscow, Russia yang berketingg­ian 540 meter pada April.

Dia yang juga anak jati Kampung Lubuk Rotan Tawar, Tanah Merah berkata, bagi melengkapk­an misi itu dia akan membuat latihan fizikal dan persiapan mental.

Menurutnya, dia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama keadaan cuaca yang berlainan berbanding negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia