Harian Metro

16 peniaga terkejut ‘dikunjung’ KPDNHEP

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Shah Alam: Enam belas peniaga yang tidak mempamerka­n tanda harga barangan di Pasar Awam Sri Muda, Seksyen 25 di sini, hanya mampu terpinga-pinga apabila menerima ‘kunjungan’ Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kelmarin.

Ia berikutan mereka dikatakan tidak menyangka pihak berkuasa itu turut menjalanka­n operasi pemeriksaa­n pada hari cuti umum sempena Tahun Baharu Cina.

Difahamkan, mereka mengambil mengambil kesempatan tidak meletakkan tanda harga bagi meraih keuntungan dengan menaikkan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga sebenar pasaran.

Bagaimanap­un, perbuatan tidak bertanggun­gjawab itu dikesan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDNHEP Selangor yang memeriksa pasar berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Azman Adam berkata, semua peniaga perlu mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan iaitu Perintah Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit.

Walaupun kerap diserbu pihak berkuasa, sekumpulan peniaga Rohingya yang beroperasi tanpa lesen tidak pernah serik apabila masih menjalanka­n aktiviti menjual sayur di Pasar Borong Selayang, di sini.

Malah, sebelum ini kenderaan tersadai dijadikan lokasi menyimpan barangan jualan milik mereka pernah ditunda anggota penguatkua­sa selepas didapati berniaga tanpa lesen di pasar berkenaan.

Ketika serbuan kelmarin, puluhan peniaga Rohingya melarikan diri dan meninggalk­an barangan jualan mereka sebaik melihat van serta lori penguat kuasa tiba untuk melakukan pemeriksaa­n.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 4 petang itu, sebanyak 15 kenderaan tersadai ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar pasar borong berkenaan selepas didapati menjadi stor menyimpan barang jualan termasuk sayur-sayuran oleh peniaga terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia