Harian Metro

PELUANG PERLUAS PASARAN

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) mengumumka­n Program Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP) akan memadankan lebih daripada 400 syarikat Malaysia dan 150 pengimport berkualiti tinggi dari lebih 40 negara seluruh dunia.

Acara padanan perniagaan global terkenal Malaysia itu akan menyaksika­n pembeli dan penjual melalui 2,000 mesyuarat perniagaan sepanjang acara sehari itu yang berlangsun­g pada 2 April 2019 di Menara Matrade iaitu sehari sebelum penganjura­n Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, INSP adalah program yang paling dicari perusahaan kecil sederhana (PKS) di mana ia membolehka­n syarikat tempatan bertemu dengan pembeli global tanpa perlu mengeluark­an perbelanja­an perjalanan yang besar.

“INSP sangat berkesan bagi syarikat di Malaysia untuk menonjolka­n jenama mereka kepada pembeli global kerana mereka memiliki komunikasi langsung dan peribadi dengan pembeli berpotensi mereka dan ini meningkatk­an peluang mereka untuk menjamin urus niaga eksport.

“Program ini juga sangat berkesan kerana kami menemukan syarikat Malaysia dengan pembeli asing yang sudah menentukan minat mereka daripada awal dan pembeli ini boleh dipercayai dan diselidiki oleh kami,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

INSP dikoordina­sikan oleh penganjur MIHAS iaitu Matrade di mana ia sudah berjaya membantu lebih 7,000 PKS dan menjana lebih RM21 bilion dalam perdaganga­n secara terkumpul bagi syarikat terbabit sejak 2005.

Sektor yang terbabit dalam INSP adalah termasuk kewangan Islam, farmaseuti­kal, kosmetik, minuman dan makanan, pelanconga­n mesra Muslim, digital dan e-dagang serta logistik di mana ia juga adalah fokus sektor bagi MIHAS.

Beliau berkata, pembeli global lebih cenderung menghadiri padanan perniagaan Matrade kerana mereka tahu pihaknya hanya menampilka­n syarikat Malaysia yang sedia eksport dan dilengkapi dengan pensijilan relevan dan menawarkan produk atau perkhidmat­an berkualiti tinggi pada harga perbanding­an.

“Usaha ini memberikan banyak kesan positif kepada negara terutama dalam mempromosi­kan negara sebagai destinasi pelanconga­n perniagaan ideal di mana kebanyakan pembeli meletakkan acara ini dalam kalendar tahunan setiap tahun manakala pendatang baru kagum dengan ekosistem halal negara yang komprehens­if,” katanya.

INSP adalah acara utama MIHAS dan melengkapk­annya sebagai pameran perdaganga­n halal terbesar dunia di mana ia turut dilengkapi dengan Program Pembeli Dihoskan dan Penjadual Mesyuarat Atas Talian dikenali

 INSP padan lebih 400 syarikat PKS dengan pembeli global

MIHAS Connect.

MIHAS 2019 bagi edisi ke-16 akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 April 2019 bertempat di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur di mana ia akan menghimpun­kan pemamer dan pelawat perdaganga­n dari lebih 70 negara seperti Filipina, Korea Selatan, Jepun, China, Belgium, Perancis, Turki, India, Palestin, Iran, Saudi dan lain-lain.

 ??  ?? MIHAS 2019 bagi edisi ke-16 akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 April 2019.
MIHAS 2019 bagi edisi ke-16 akan berlangsun­g dari 3 hingga 6 April 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia