Harian Metro

Jana jualan RM1.35 bilion

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin @hmetro.com.my

 Jakel unjur pertumbuha­n lebih baik tahun ini hasil permintaan, produk ditawarkan

Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel), syarikat tekstil Bumiputera terbesar di Malaysia mengunjurk­an pertumbuha­n jualan yang lebih baik tahun ini bersandark­an kepada permintaan pelanggan dan produk ditawarkan.

Pengarah Urusannya Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pada tahun lalu, syarikat tekstil itu menjana jualan RM1.35 bilion bagi segmen tekstil dan ia adalah pencapaian memberangs­angkan bagi perniagaan itu.

Beliau berkata, meskipun persekitar­an dilihat tidak menentu dan perlahan, Jakel akan terus mempergiat­kan usaha memperkuku­h kedudukan sebagai syarikat tekstil Bumiputera terbesar di Malaysia.

“Untuk permulaan tahun ini, kami melihat permintaan pelanggan setia Jakel dan mereka yang baru membeli bersama kami menunjukka­n prestasi lebih baik.

“Malah, ia adalah isyarat kepada syarikat untuk terus mencatatka­n pertumbuha­n jualan yang kukuh tahun ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Jakel ke-35 di sini.

Majlis berkenaan adalah bagi meraikan kakitangan dan rakan niaga Jakel yang bersama-sama membangunk­an syarikat dalam industri tekstil negara.

Jakel mempunyai 24 cawangan di seluruh negara dengan 6,700 kakitangan dalam memastikan syarikat berdaya maju untuk tampil sebagai jenama tekstil terkemuka di Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamed Faroz berkata, dalam tempoh 35 tahun, Jakel terus mencipta nama dan mendapat tempat dalam kalangan peminat tekstil di Malaysia.

Malah, katanya, sejak Jakel memindahka­n operasi perniagaan­nya ke Kuala Lumpur pada 2007, syarikat terus cemerlang dan meraih pelbagai kejayaan dalam industri.

“Apabila berada di ibu negara, Jakel menjadi pilihan kerana ia bersesuaia­n dengan semua lapisan masyarakat serta setanding gergasi tekstil di luar sana,” katanya.

Jenama Jakel yang sinonim dengan perniagaan fabrik dimulakan di Muar, Johor sebelum membuka cawangan di Segamat pada 1985 sebelum berpindah ke Kuala Lumpur pada 2007.

Kewujudan Jakel Mall menunjukka­n Jakel terus berkembang berbanding pada awal ia mula beroperasi.

Syarikat yang terkenal dengan moto Ingat Kain, Ingat Jakel itu mula melebarkan sayap dengan menceburi bidang pembinaan, perumahan, industri pertahanan dan teknologi. INIX Technologi­es Holdings Berhad (ITHB) komited meningkatk­an prestasi kewangan dan pengurusan pentadbira­n korporat tahun ini.

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutifn­ya, Norizam Tukiman berkata, pihaknya mengatur strategi bagi memulihkan prestasi syarikat selepas pelantikan dua ahli lembaga pengarah baharu.

Katanya, ITHB melantik ahli lembaga pengarah tambahan dalam anak syarikat milik penuhnya,

INIX Maritime Sdn

Bhd dan mencadangk­an meningkatk­an kehadiran Lembaga Pengarah dalam Syarikat Bersekutu, Galactic Maritime Sdn Bhd.

“Ini sebahagian inisiatif ITHB untuk mengawal operasi kedua-dua syarikat dengan lebih berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia