Harian Metro

Ramai berkira apabila beli insurans perjalanan

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Allianz General Insurance Company (Malaysia)

Berhad menyaranka­n konsumer untuk menyesuaik­an insurans perjalanan mengikut keperluan perancanga­n perjalanan mereka.

Kevin Lim, Ketua Perniagaan Peribadiny­a, berkata, rakyat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa polisi perjalanan merangkumi segalanya di atas muka bumi.

“Polisi insurans perjalanan tidak berfungsi dengan cara itu. Tidak wujud sebuah polisi yang bersesuaia­n untuk melindungi semua pelanggan.

“Oleh itu, letakkanla­h usaha yang sama apabila anda ingin membeli insurans perjalanan sama seperti apabila merancang percutian,” katanya.

Menurutnya, ketika membeli insurans perjalanan, konsumer perlu mempertimb­angkan peraturan, antaranya mengetahui perlindung­an apa yang perolehi, fahami dan bandingkan manfaat yang ada.

“Secara keseluruha­nnya, kita sangat kurang kesedaran. Kebanyakka­n orang akan berjimat dalam membeli insurans perjalanan kerana mereka percaya ‘ia takkan terjadi kepada saya.’

“Rasa selamat yang palsu akan membawa padah kerana kesihatan dan kesejahter­aan anda mungkin dianggap sebagai tiada kos, tetapi ia datang dengan sebuah harga,” katanya.

Akademi Al Badar komited membantu lebih ramai masyarakat celik Al-Quran menerusi modul Sistem Genius Belajar Membaca Al-Quran dengan kaedah Al-Badar.

Pengasasny­a, Shamsul Mohd Nor berkata, modul itu dibangunka­n sejak tahun 2000 dan membantu ramai pelajarnya mempelajar­i

 ?? Kevin Lim ?? Kebanyakka­n orang akan berjimat dalam membeli insurans perjalanan kerana mereka percaya
‘ia takkan terjadi kepada saya’”
Kevin Lim Kebanyakka­n orang akan berjimat dalam membeli insurans perjalanan kerana mereka percaya ‘ia takkan terjadi kepada saya’”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia