Harian Metro

Mudah dan pantas

-

 Akademi Al Badar komited bantu masyarakat celik Al-Quran menerusi kaedah Al Badar

Al-Quran dengan cara lebih mudah dan pantas.

Katanya, Sistem Genius Belajar Membaca Al-Quran itu juga mendapat pengiktira­fan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

“Modul ini juga sudah diguna pakai di Sabah dan Sarawak kerana ia mudah difahami, malah kami memberi jaminan untuk pelajar pandai membaca Al-Quran dalam tempoh tiga hari jika mengikut waktu jam pembelajar­an yang ditetapkan.

“Kami bukan saja menyediaka­n modul celik Al-Quran, tetapi juga kelas dan modul tajwid serta kelas tafsir dan tadabbur.

“Selain itu, Akademi Al Badar turut bekerjasam­a dengan Rumah Ngaji Malaysia (RNM) dan terdapat lebih 1,200 RNM di seluruh negara yang menggunaka­n kaedah dan modul yang dikeluarka­n Al-Badar,” katanya.

Menurutnya, Akademi Al Badar mempunyai lima cawangan iaitu di Sri Gombak, Tasik Putri, Tun Perak, Seri Kembangan dan Taman Samudera.

Beliau berkata, pihaknya juga menerima pendaftara­n daripada pelajar bermula umur tujuh hingga 70 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia