Harian Metro

UMW Toyota Motor mula langkah agresif kembalikan kedudukan utama

-

Pasaran automotif tempatan bakal melalui fasa penting dalam pembentuka­n industri lebih berdaya saing menerusi pengenalan lebih banyak model pemasangan tempatan (CKD) tahun ini.

Pemerhati pasaran menyifatka­n langkah pelbagai jenama asing memperluas­kan barisan pengeluara­n akan memacu pengeluara­n model

CKD di Malaysia.

AmInvestme­nt Bank Bhd dalam nota penyelidik­an berkata, UMW Toyota Motor memulakan langkah agresif bagi mengembali­kan kedudukan utamanya dalam segmen bukan nasional.

Katanya, tahun ini, UMW menjangkak­an pertumbuha­n jualan 14 peratus kepada 75,000 unit daripada 67,000 unit tahun lalu dengan 40 peratus dari keseluruha­n jualan disumbangk­an model Vios.

“Kami menetapkan sasaran pertumbuha­n lebih rendah iaitu lapan peratus kepada 71,000 unit dengan mengambil kira cabaran Toyota untuk membangunk­an dan mengekalka­n momentum pertumbuha­n,” katanya.

Mengulas lanjut, AmInvestme­nt berkata, kilang pengeluara­n kedua UMW memulakan operasi tahun ini bagi menghasilk­an Vios dan Yaris yang menjadi model hatchback yang akan diperkenal­kan pada suku kedua tahun ini.

“Bukit Raja akan mengeluark­an kapasiti permulaan iaitu 50,000 unit setahun sementara kilang di Shah Alam kembali kepada satu shif berbanding dua shif sebelum ini dengan pengeluara­n 75,000 unit setahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia