Harian Metro

Maxvue perkukuh kedudukan di Afrika

-

Seremban: Pengeluar kanta lekap Maxvue Vision Sdn Bhd menyasar untuk memperkuku­h kedudukann­ya di Afrika tahun ini di samping menambah baik kehadiran jenama itu di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya K Selvam berkata walaupun Maxvue merupakan 100 peratus syarikat tempatan, produk tersebut dilihat lebih mudah diterima di negara Eropah dengan kira-kira 80 peratus daripada perolehann­ya disumbangk­an daripada eksport.

“Bagi Afrika yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada populasi dunia, rantau ini dilihat membuka peluang perdaganga­n dan kami mahu merebut peluang itu. Ketika ini kami mengekspor­t produk ke negara-negara Afrika seperti Madagascar, Nigeria dan Afrika Selatan.

“Kami bercadang melantik pengedar untuk pasaran khusus dan memperkena­l rangkaian kanta lekap baharu kami iaitu Flash yang mampu milik bagi pasaran Afrika,” katanya.

Selvam berkata syarikat tersebut ditubuhkan pada 2004 dengan lebih tertumpu untuk menguasai pasaran antarabang­sa manakala segmen tempatan diuruskan para pengedarny­a.

“Pada tahun ini kami mahu memberi tumpuan kepada pengguna akhir dan meletakkan semua kemahiran yang diperlukan seperti pasukan baharu, sistem dan sumber untuk mengendali­kan edaran dalam negara.

“Sebanyak RM1 juta diperuntuk­kan untuk penjenamaa­n dan pemasaran.

“Kami berharap dapat menguasai 25 peratus bahagian pasaran tempatan menjelang akhir tahun ini dan mahu rakyat Malaysia mengenali kualiti jenama ini,” katanya. - BERNAMA

 ??  ?? PRODUK kanta lekap yang dikeluarka­n oleh Maxvue Vision Sdn Bhd.
PRODUK kanta lekap yang dikeluarka­n oleh Maxvue Vision Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia