Harian Metro

RANCANG BUNUH SUAMI

- Agensi

 Wanita kaut insurans kematian suami RM7.13 juta dijel seumur hidup

Seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merancang pembunuhan suami bersama kekasihnya bagi mengaut tuntutan insurans mangsa berjumlah AS$1.75 juta (RM7.13 juta).

Kekasihnya itu ialah rakan baik suaminya dan mereka berkahwin selepas kematian mangsa.

Wanita itu, Denise Williams, 49, dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di Talahassee, Florida, kelmarin, kerana menjadi perancang utama membunuh Mike Williams pada Disember 2000.

Menurut laporan Daily Mail, kekasihnya, Brian Winchester, yang membunuh suaminya, diberi kekebalan daripada hukuman oleh pihak pendakwa kerana bersedia menjadi saksi bagi mengaitkan Denise dengan pembunuhan.

Winchester menolak mangsa dari bot di Tasik Seminole ketika mereka memburu sebelum menembak muka mangsa. Mayat mangsa disumbat dalam sangkar anjing dan ditanam di Talahassee.

Denise dan Winchester memberitah­u polis, mangsa terjatuh dari bot dan gagal dikesan, kononnya dipercayai dimakan buaya.

Denise kemudian memfailkan petisyen supaya suaminya diisytihar­kan mati akibat lemas bagi membolehka­nnya menerima faedah kematian serta menuntut insurans suaminya.

Pasangan kekasih itu berkahwin selama 10 tahun pada 2015 sebelum berakhir dengan perceraian.

Winchester memberitah­u mahkamah, dia dan Denise bersetuju membunuh mangsa kerana salah satu polisi insurans Williams akan matang.

Rahsia mereka terbongkar selepas Winchester menculik Denise selepas mereka bercerai dan mengugutny­a menutup mulut mengenai pembunuhan terbabit.

Dia yang dihukum penjara 20 tahun kerana menculik, berpaling tadah memberi keterangan terhadap Denise bagi mengelak dikenakan hukuman bagi pembunuhan itu dengan memberi maklumat lokasi mayat Williams.

Denise ditahan pada Mei 2018 selepas Winchester berkomplot dengan bekas isteri pertamanya, Kathy Thomas, yang bertindak sebagai pemberi maklumat kepada polis dan merakam perbualan telefon dengan wanita itu.

 ??  ?? DENISE
DENISE
 ??  ?? WINCHESTER
WINCHESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia