Harian Metro

1,500 cedera akibat guna skuter elektrik

-

Washington: Lebih 1,500 orang dirawat akibat kecederaan akibat menggunaka­n skuter elektrik berkuasa bateri di Amerika Syarikat sejak kegilaan kenderaan itu bermula pada lewat 2017.

Menurut Consumer Reports iaitu majalah pengguna tidak berasaskan keuntungan, statistikn­ya berdasarka­n laporan hospital dan pegawai kecemasan.

Namun, menurut majalah itu, ia tidak lengkap sepenuhnya kerana tidak memasukkan empat laporan kematian berkaitan e-skuter.

Ia merekodkan 1,542 kes rawatan kecemasan bagi kecederaan berkaitan skuter itu selepas menghubung­i 110 hospital dan lima agensi di 47 bandar raya.

Kegilaan menunggang skuter dengan orang ramai boleh menyewa

Colombo dan menggunaka­n peralatan dua roda itu untuk perjalanan singkat, dianggap sebagai revolusi kepada pengangkut­an bandar.

Namun banyak laporan menunjukka­n bahaya penggunaan skuter sama ada di laluan pejalan kaki atau di jalan raya.

Minggu ini, pelajar pertukaran dari Ireland berusia 21 tahun meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika menunggang skuter di Austin, Texas.

Menurut Consumer Reports, hospital merawat orang ramai mengalami gegaran, patah hidung, patah lengan dan kecederaan itu sebahagian­nya memerlukan pembedahan.

Walaupun firma e-skuter menggalakk­an pengguna memakai topi keledar, tidak banyak perundanga­n memerlukan mereka berbuat demikian. — AFP

 ??  ?? GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia